Wednesday, March 15, 2017

Trip ke Padang dan Bukit Tinggi Indonesia

Assalamu'alaikum..Cik Wan nk citer sal itinerary smasa kt Padang ngn Bukit Tinggi..Mnala tahu kot2 korg nk g kan..So dpt la gmbrannya sikit sbanyak..Bg Cik Wan Padang xde la special sgt..So, baik korg habiskan rupiah korang kt Bukit Tinggi dkt Pasar Aur Kuning..Best sgtt tmpat tu..Byk kain2 sulam yg murah n cantik2..Tp korg kna simpan 20 ribu rupiah ngn korang tau tuk byr tax apa tah kat airport diaorg sbelum korg nk blik mlysia..Mencekik jer kerjanya, spatutnya bersyukur la yg kita sggup mengalirkan wang kita lam negara diaorang..Huhu
Hari Pertama
Sampai di Lapangan Terbang Minangkabau lebih kurang pukul 3 petang, kami disambut oleh Pak Rudy dari PT GIRA NIRWANA PUTRA TOURS & TRAVEL. Kami terus menaiki bas menuju ke Bukit Tinggi. Bukit Tinggi sama je macam Cameron Highland kat tempat kita, sejuk jer kat tempat dia..lebih kurang satu jam kot, lupa lak nk tengok jam waktu tu, kitaorang smpai ke Anai Valley, ad Waterfall kat situ, tapi Cik Wan tak naik pun sebab Cik Wan turun je bas terus cari tandas. Baru je nak masuk ada tertulis 2000 rupiah..Alamak! Cik Wan lupa lak nak masuk tandas kna byar.Nasib baik yang jaga tandas tu kanak-kanak..khusyuk sgt dia main game..sebab tiada wang kecil dengan wang rupiah Cik Wan bagi gula-gula dynamite sebiji..Kebetulan ada sebiji je gula-gula..nasib baik dia ambil gula-gula sebagai tukaran 2000 rupiah..hehe..thanks ye dik..Kamu baik sgtt..Siap amk gmbr wat knangan..mana tahu jumpa lg nanti..Lepas melawat Anai Valley, kitaorang dibawa oleh Pak Rudy untuk makan tengahari..Lepas lunch,it's shopping time, kami dibawa ke butik Putri Minang, Oke Border, Linduang Bulan dan lain-lain butik (tak ingat nama butik)hehe..dan pas tu kitaorg check in Pusako Hotel. Pusako Hotel cantik sangat cuma satu jer kekurangan dia, xder wifi lam bilik, kat lobi jer ad. Apepun, staff dia friendly sgt. Suka2.



Sambungan..
Hari Kedua
Breakfast kat Pusako Hotel, pastu dibawa ke Sulaman Hjh Rosma, kami ditunjukkan cara untuk belajar jahitan sulam, dan ramai diantara kami membeli kain-kain sulam di Hjh Rosma. Pastu kitaorg dibawa ke Kilang Kopi dan Pisang Salai..Sedap sgt pisang salai diaorg..Selepas membeli barang yang diinginkan kitaorg dibawa ke Istana Pagaruyung..mula–mula nk masuk tu ad 6 org yang pakai maskot..Bila korg bergambr dgn maskot2 tu diaorg akan suruh korang bayar dengan seikhlas hati korang sebab diaorang tak dibayar gaji tau, dengan duit yang korang bagi tu jela diaorng bagi duit tuk menyekolahkan anak2 diaorg..Kalau sesiapa yang ingin mencuba pakaian pengantin minangkabau boleh la cuba Istana Pagaruyung..Lupa lak bayarannya berapa sebab Cik Wan tak pakai pun..hehe..pas tu kitaorg di bawa utk lunch dan trus bergerak ke Bukit Tinggi dan di bawa utk shopping pakaian lg..Sampai nak termuntah dh Cik Wan tgk pakaian..hehe..Cik Wan sebenarnya tak suka sgt bab shopping ni..lain org lain ragamnya, ye tak? Pastu kitaorg dinner kat restoran Kubang Hayuda. Nk tau tak, Cik Wan jumpa Qi Razali kat sana, selebriti Malaysia kita doe..hehe..gambarnya jela..hehe..Program TV destinasi bajet..lama dh tahun 2014.. Cik Wan order Sate Padang dengan Murtabak Mesir..Bg Cik Wan Sate Padang dia tidak serasi dengan lidah Cik Wan Cuma Murtabak Mesir dia sedap sangat..pas mkn kitaorg blik hotel.
Hari Ketiga
Lepas breakfast kitaorg minta pihak hotel tuk timbang kilo beg kitaorg..punya la bgus diaorg punya perkhidmatan siap dengan beg makanan diaorg timbang..Terbaik!!. Kitaorg check out dan terus bergerak ke Padang.. dalam perjalanan kitaorg singgah di Pasar Aur Kuning..Seriously, kain2 sulaman lagi murah kat situ berbanding hari2 sebelum ni. Tapi korang kna pndai tgk jenis kain tau. Kalau yg murah sgt tu mgkin dari segi material kain dia x berapa elok sgt..harga kain mahal kat butik pun sebab jenis kain ataupun tourguide and the gang, diaorg dpt komisyen jgk sbb bwk pelancong kat tmpat butik diaorg..tp it’s ok, sbb diaorg pun ad kluarga tuk diberi makan..tapi lau korang betul2 bajet nk menjual kain2 dan tak nak guna tourguide, korang blh la sewa hotel Ambun Suri atau Nikita Hotel, dekat sgt dengan Pasar Aur Kuning.. Byk pilihan kain kat stu.. Hati2 tau, ramai pencuri kat situ..Cik Wan pun rancg nk g kat stu lg tp tnpa tourguide la, In sha Allah..kami singgah bergambar di Padang Beach. Masa kat pantai dua orang cameraman dr indon ambil gmbar kitaorg n diaorg trus cuci gambar 2 keping untuk jual kpd kami..seorg dtg awl,jd gmbr tu hbis dijual,dan sorg lagi trlwat 2 minit je..pastu dia dtg nk jual kt kitaorg, smua tak mahu bli trmasuk Cik Wan..maaf sgt2 pak, bukan tak mahu bli tapi keperluan lebih memerlukan drp kehendak..rasa sdih sgt melihat mukanya, sbelum naik bas pun Cik Wan sempat lg melihat riak mukanya yang sedih..Daku cuma mampu mendoakanmu supaya kamu akan dapat rezeki yg lebih lg di masa akn dtg. Dan kami di bawa utk dinner ke Restoran Ikan bakar dan kami check in di Fave Hotel..Cik Wan suka hotel ni, sbb blh guna wifi lam bilik dan smua channel tv ad, jepun, korea dll..hehe..lau kat Pusako Hotel, cuma rncgn tv diaorg jela..Al maklumlah Fave Hotel ni hotel baru..Lobi dia di tingkat 2 tau..kat tingkat 1 ad kolam renang, tp Cik Wan tak sempat nk tgk, cuma rakan sekerja Cik Wan yg bgthu.
Hari Keempat
Lepas breakfast kitaorg rehat kejap kat bilik dan check out pukul 10:00 am waktu Indonesia dan 11:00am waktu Malaysia..Masa turun tu tourguide kami beritahu kawan Cik Wan yg dia punya luggage lbih 10 kg..nasib baik kitaorg dtg ramai2, leh la tumpang kilo,,tu kelebihan dtg dgn group ok..Cik Wan x ambk pun luggage, Cik Wan bawak beg galas yg besar jer..Kitaorg meninggalkan Indonesia lam kul 2 lbih dn smpai di KLIA 2 lam kul 3 lbih..Flight Cik Wan awl ckit..Cik Wan smpai kat airport PC lam kul 9:45 pm..Alhamdulillah suka sgt trip kali ni, sbb dpt byk pengajaran dan pengalaman.. Tak sabar plak trip seterusnya ke Hadyai-Chiang Mai-Chiang Rai..kalau korg ad info sal tiga tempat ni boleh la bgtahu Cik Wan yer..Cik wan nk masukkan lam itinerary Cik Wan..Syukran.


Monday, October 29, 2012



Bab 1 – Petua-Petua Kesihatan
CONTOH PETUA KESIHATAN:  
MENGURANGKAN MASALAH DARAH TINGGI 
Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan pedasnya atau baunya, rebuslah terlebih dahulu sebelum memakannya. Amalkan petua ini 3 kali sehari. Insya-Allah, penyakit anda akan perlahan-lahan reda.
Bab 2 – Petua-Petua Pemakanan
CONTOH PETUA MASAKAN: 
MELEMBUTKAN DAGING


Jika daging yang anda masak liat, masukkan sebiji betik muda ke dalam masakan daging tersebut. Hasilnya, daging itu akan menjadi lembut. Malah, masakan anda akan bertambah sedap!
Bab 3 – Petua-Petua Ketrampilan Diri 
CONTOH PETUA KECANTIKAN: 
MENGEMPISKAN PERUT


Hiriskan sedikit halia dan campurkan dengan segelas air suam. Biarkan seketika, kemudian, minum. Amalkan meminumnya pada setiap pagi. Insya-Allah, lemak pada badan anda akan berkurangan sedikit demi sedikit.

so, sape2 yg rse nk amalkan blh la..tak pyh la nk bli ubat yg mahal2 yer.. ^_^

Thursday, October 18, 2012

dah lama aku tak post..nie bru aku nk start blik..insyallah..^_^
 
Keberkatan Surah Yaasin 
(Dari Kacamata Dr Fatma Elzahraa)

Untuk keselamatan diri yang susah menjadi senang.
1. Ayat 1 - 9- Untuk keselamatan diri
2. Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
3. Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
4. Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
5. Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah. Memberi hidayah kepada anak.
6. Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan dari di fitnah dan kejahatan mulut.
7. Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
8. Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
9. Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
10. Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
11. Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
12. Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
13. Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
14. Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
15. Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
16. Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
17. Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
18. Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
19. Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba, Tiupan ke-dua - Hancur, Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
20. Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
21. Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
22. Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
23. Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
24. Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia Untuk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
25. Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
26. Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat